taubat |
Minggu, 15 Januari 2012
sayyidul istighfar
expr:id='"post-body-" + data:post.id'>
SAYYIDUL ISTIGHFAR
Penulis: Al-Ustadz Muhammad Ar Rifa�i
Termasuk dzikir yang utama dan doa yang barokah yang selayaknya bagi
setiap muslim untuk menjaganya dan membacanya disetiap pagi dan malam
hari adalah yang telah datang di dalam shahih Al Bukhari dari hadits
Syadad bin Aus Radhiyallahu �anhu dari Nabi Shalallahu �alahi wa Sallam
bahawasannya beliau bersabda :
سيد الاستغفار أن تقول
(Sayyidul Istighfar adalah engkau mengatakan) :
اَللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لاَ إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ خَلَقْتَنِي وَ أَنَا
عَبْدُكَ وَ أَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَ وَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ أَعُوْذُ
بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ أَبُوْءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَ
أَبُوْءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ
إِلاَّ أَنْتَ
� Ya Allah Engkau adalah Tuhanku, Tidak ada sesembahan yang haq kecuali
Engkau, Engkau yang menciptakanku sedang aku adalah hamba-Mu dan aku
diatas ikatan janji -Mu (yaitu selalu menjalankan perjanjian-Mu untuk
beriman dan ikhlas dalam menjalankan amal ketaatan kepada-Mu) dengan
semampuku, aku berlindung kepadamu dari segala kejahatan yang telah aku
perbuat, aku mengakui-Mu atas nikmat-Mu terhadap diriku dan aku mengakui
dosaku pada-Mu, maka ampunilah aku, sesungguhnya tiada yang boleh
mengampuni segala dosa kecuali Engkau�.
من قالها من النهار موقنا بها فمات من يومه قبل أن يمسي فهو من أهل الجنة و
من قالها من الليل و هو موقن بها فمات قبل أن يصبح فهو من أهل الجنة .
Barangsiapa mengucapkannya disiang hari dalam keadaan yakin dengannya
kemudian dia mati pada hari itu sebelum petang hari, maka dia termasuk
penduduk syurga dan siapa yang mengucapkannya di waktu malam hari dalam
keadaan dia yakin dengannya, kemudian dia mati sebelum shubuh maka dia
termasuk penduduk syurga.� (HR. Al-Bukhari - Fathul Baari 11/97)
Ini adalah doa yang agung yang mencakup banyak makna : taubat,
merendahkan diri kepada Allah Tabaraka wa Ta�ala dan kembali menghadap
kepada-Nya. Nabi Shalallahu �alahi wa Sallam menamainya sebagai Sayyidul
Istighfar (penghulu istighfar), yang demikian itu dikeranakan ia
melebihi seluruh bentuk istighfar dalam hal keutamaan. Dan lebih tinggi
dalam hal kedudukan.
Diantara makna sayyid adalah orang yang melebihi kaumnya dalam hal
kebaikan dan yang berkedudukan tinggi dikalangan mereka.
Sisi lebih dari keutamaan doa ini dibanding bentuk istighfar yang lain
adalah :
- Nabi Shalallahu �alahi wasallam mengawalinya dengan pujian kepada
Allah dan pengakuan bahawa dirinya adalah hamba Allah sebagai makhluk
ciptaan-Nya (penetapan Tauhid Ar Rububiyyah), Dan bahawa Allah adalah Al
Ma�buud (sesembahan) yang haq dan tiada sesembahan yang haq yang
selainNya. Maka Dia adalah satu-satunya yang berhak dibadahi dan ini
merupakan realisasi Tauhid Al Uluhiyyah.
- Pernyataannya bahawa ia senantiasa tegak diatas janji dan kukuh diatas
ikatan berupa iman kepada Allah, kitab-kitab-Nya, seluruh nabi dan
rasul-Nya. Menjalankan segenap ketaatan kepada Allah dan perintah-Nya.
Ia akan menjalaninya sesuai kemampuan dan kesanggupannya.
- Kemudian dia berlindung kepada Allah Subhanahu dari seluruh kejelekan
apa yang telah dia perbuat, baik sikap kurang dalam menjalani apa yang
Allah wajibkan baginya yaitu mensyukuri nikmat-Nya ataupun berupa
perbuatan dosa.
- Kemudian ia mengakui akan nikmat Allah yang terus datang beruntun dan
anugerah-Nya serta pemberian -Nya yang tiada pernah berhenti.
- Dan dia mengakui atas dosa-dosanya, sehingga iapun lantas memohon
ampunan kepada Allah Suhhanahu wa Ta�ala dari itu semua dengan segenap
pengakuannya bahawa tiada yang boleh mengampuni segala dosa kecuali
Allah Suhhanahu wa Ta�ala.
وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُوا
اللَّهَ فَاسْتَغْفَرُوا لِذُنُوبِهِمْ وَمَنْ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا
اللَّهُ وَلَمْ يُصِرُّوا عَلَى مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَ (135)
�Dan orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya
diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap
dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain dari
pada Allah? dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang
mereka Mengetahui.� (Al Imran : 135)
Ini adalah paling sempurna apa yang ada pada sebuah doa. Kerana itu ia
menjadi seagung-agungnya bentuk istighfar dan yang paling utama dan
paling mencakup untuk kandungan maknanya yang mesti akan diampuni
dosa-dosa.
Kemudian Nabi Shalallahu �alahi wa Sallam menghakhiri penyebutan doa
tersebut dengan menjelaskan pahala yang besar dan ganjaran yang luar
biasa yang akan didapat oleh orang yang menjaga doa tersebut setiap pagi
dan sore hari. Maka Beliau Shalallahu �alahi wa Sallam mengatakan :
�Barangsiapa mengucapkannya disiang hari dalam keadaan yakin dengannya
kemudian dia mati pada hari itu sebelum petang hari, maka dia termasuk
penduduk syurga dan siapa yang mengucapkannya di waktu malam hari dalam
keadaan dia yakin dengannya, kemudian dia mati sebelum shubuh maka ia
termasuk penduduk syurga.�
Hanyalah yang mengucapkan doa ini dan menjaganya yang akan memperoleh
janji yang mulia dan pahala serta ganjaran besar nan utama ini, kerana
ia telah membuka harinya dan menutupnya dengan penetapan Tauhidullah
baik Rububiyyah-Nya dan Ululhiyyah-Nya. Dan pengakuan dirinya sebagai
hamba yang siap menghamba dan persaksiannya terhadap anugerah dan nikmat
Allah. Pengakuannya dan kesadarannya akan kekurangan-kekurangan dirinya
dan permohonan maaf dan ampunan dari Dzat yang Maha Pengampun, diiringi
dengan rasa tunduk dan rendah dihadapan-Nya untuk senantiasa patuh dan
taat kepada-Nya. Ini semua merupakan cakupan makna yang utama dan sifat
yang mulia yang ia buka dan tutup lembaran siangnya. Yang pantas bagi
orang yang mengucapkan dan menjaganya mendapat maaf dan ampunan,
terbebas dari neraka dan masuk syurga.
Wallahu a�lam bisshowab.
Kita memohon kepada Alloh Yang Maha Mulia berupa keutamaan dan
anugerah-Nya.
(Lihat kitab Fiqhul Ad�iyyah wal adzkar II/17-20. As Syaikh Abdur Rozaq
bin abdil Muhsin Al Badr. ) Diringkas oleh Muhammad Ar Rifa�i)
DIANTARA KEUTAMAAN ISTIGHFAR
ــ طوبى لمن وجد في صحيفته استغفارا كثيرا .
�Berbahagialah bagi orang yang mendapati dalam catatan amalnya istighfar
yang banyak� (HR. Al Baihaqi, Imam Ahmad dalm Az Zuhd dan Dishahihkan
Syaikh Al Albany. Lihat Shahih Al Jami� no. hadits 3930)
ــ من أحب أن تسره صحيفته فليكثر فيها من الاستغفار .
�Siapa yang suka agar catatan amalnya membuat ia senang maka
perbanyaklah padanya istighfar.� ( Hadits dihasankan syaikh. Al Albany,
lihat Shahihul jami� no. hadits 5955)
ــ يا معشر النساء ! تصدقن و أكثرن الاستغفار فإني رأيتكن أكثر أهل النار
إنكن تكثرن اللعن و تكفرن العشير ما رأيت من ناقصات عقل و دين أغلب لذي لب
منكن أما نقصان العقل : فشهادة امرأتين تعدل شهادة رجل فهذا نقصان العقل و
تمكث الليالي ما تصلي و تفطر في رمضان فهذا نقصان الدين .
�Wahai sekalian wanita ! bershadaqahlah kalian dan perbanyaklah
istighfar kerana aku telah melihat kalian adalah majoriti penduduk
neraka. Sesungguhnya kalian banyak melaknat dan mengkufuri suami.
Tidaklah aku dapati yang kurang aqalnya dan agamanya mampu mengalahkan
yang mempunyai akal daripada kalian. Adapun kurang aqal : maka
persaksian dua wanita sebanding persaksian satu lelaki maka yang
demikian adalah kurangnya aqal. Dan dia tinggal menjalani beberapa malam
tanpa sholat dan dia berbuka (tidak puasa) di bulan ramadhan maka ini
adalah kurangnya agama.� (HR. Muslim, Ahmad, Tirmidzi dan lainnya. dan
Dishahihkan Syaikh Al Albany. Lihat Shahih Al Jami� no. hadits 7980)
ــ إن الرجل لترفع درجته في الجنة فيقول : أنى لي هذا ؟ فيقال : باستغفار
ولدك لك .
�Sesungguhnya ada seseorang yang diangkat derajatnya disyurga, maka
iapun berkata : Bagaimana ini boleh untukku? Maka dikatakan : disebabkan
anakmu beristighfar (memohonkan ampun) untukmu. (HR. Ahmad, Al Baihaqi
dan lainnya, Dishahihkan Syaikh Al Albany. Lihat Shahih Al Jami� no.
hadits 1617)
iluvislam.com
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar